Bukan sahaja dunia malah negara kita sendiri banyak senibina yang menarik. Dan tentunya tangan tidak sabar mengetik-ngetik mengambil gambar untuk dibuat kenangan. Inilah peluang untuk berkongsi gambar senibina menarik yang pernah anda ambil.
PEMENANG LUMBA FOTO, FEBRUARI: SENIBINA
Saya teramat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk mengadili Lumba Foto kali ini. Memang betul kata OP, naik juling mata saya sebagai hakim dengan penyertaan2 yang memberangsangkan. Amat sukar untuk membuat keputusan.
Namun begitu berdasarkan pengalaman yang cetek dan sedikit ilmu yg ada, saya membuat keputusan berdasarkan ciri2 keunikkan gambar, komposisi, pencahayaan, sudut penggambaran, kejelasan (sharpness), 'WOW' factor dan 'JIWA' yang ada pada setiap penyertaan.
Berikut adalah pemenang2 nya;
Tajuk : The Two Towers
Komen Hakim:
Gambar ini mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi pencahayaan, sudut penggambaran dan mood/jiwa yang dipamerkan. Kehadiran kabus/asap di puncak subjek menambahkan keunikannya. Ia berada dalam kelas tersendiri
Perlu diperbaiki:
Dari segi komposisi, lebih LENGKAP sekiranya logo/perkataan 'SURIA KLCC' tersebut dimasukkan secara penuh.
Tajuk : Menanti
Komen Hakim:
Awalnya saya telah menolak gambar ini kerana tidak sesuai untuk kategori SENIBINA. Tapi mata saya tetap tertarik kerana ia mempunyai jiwa yang tersendiri. Setelah dipikirkan secara mendalam, saya memberikan ia penghormatan TEMPAT KEDUA kerana ia dapat menggambarkan FUNGSI senibina tersebut sebagai TEMPAT KAWALAN yang dibina dikawasan berbukit yang tinggi. Kehadiran pengawal beruniform melengkapkan lagi gambar tersebut dan mesej yang hendak disampaikan. Penggunaan sephia amat tepat.
Perlu diperbaiki:
Mungkin tajuk (Menanti) kurang sesuai untuk kategori SENIBINA.
Tajuk : Building No More
Komen Hakim:
Walaupon penyertaan ini menggambarkan sebuah senibina usang yang menunggu rebah. Namun ia mempunyai JIWA dan EMOSI yang tersendiri, uzur, sedih, pilu, nostalgia dan lain-lain lagi. Pengunaan warna hitam-putih amat tepat!. Syabas buat Tilotama @ Timah kerana berjaya buat hakim 'depressed'.
Perlu diperbaiki:
1) Sekiranya dapat digandingkan dengan HIDUPAN yang melintas lalu, maka mesej gambar tsb dapat diperkukuhkan lagi sebagai 'contrast' diantara HIDUP dan MATI.
2) Tulisan berwarna hijau Timah di http://tilotama.fotopages.com terlalu dominan untuk gambar hitam-putih..